Ops Noda Pusat Hiburan di sekitar KL awal pagi hari ini. FOTO ihsan PDRM
Ops Noda Pusat Hiburan di sekitar KL awal pagi hari ini. FOTO ihsan PDRM
Kalidevi Mogan Kumarappa

SERAMAI 229 orang ditahan dalam Ops Noda Pusat Hiburan di dua kelab malam awal pagi hari ini termasuk 38 pelayan pelanggan (GRO) warga asing di sekitar  Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, operasi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas 564 orang, seramai 229 orang ditahan untuk siasatan lanjut.

"Daripada jumlah itu, 187 ditahan kerana positif dadah manakala 38 lagi adalah pelayan pelanggan wanita asing.

" Turut ditemui 27 batang rokok disyaki berisi ganja, 18 pil Ecstasy, enam pil Eramin 5, 0.86 gram syabu dan 0. 56 gram ketamin, " katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 6:45 PM