Antara yang ditahan. FOTO ihsan PDRM
Antara yang ditahan. FOTO ihsan PDRM
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur : Seramai 51 orang ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas mereka menyertai pesta dadah di sebuah hotel mewah di Jalan Imbi, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kejayaan itu dalam Twitternya malam tadi.

Mengulas lanjut, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pesta dadah itu diadakan di penthouse dalam hotel mewah itu bermula 12.30 tengah malam hingga 4 pagi.

Katanya, daripada 51 orang yang ditahan ada yang di bawah umur dan pesta ‘lalok’ itu menyajikan dadah jenis syabu, pil ecstasy dan pil eramin 5.

"Semua peserta parti itu dijemput melalui aplikasi wechat termasuk 17 peserta wanita dan penganjur parti yang berusia 23 tahun ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 12:43 AM