Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali (kanan) dan Badruddin melihat mangga harumanis pada Fiesta Mangga Perlis 2017. FOTO Hafizudin Mohd Safar
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali (kanan) dan Badruddin melihat mangga harumanis pada Fiesta Mangga Perlis 2017. FOTO Hafizudin Mohd Safar
Hafizudin Mohd Safar


LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menganjurkan kempen berbuka puasa bersama mangga harumanis sebagai promosi buah itu yang menjadi ikon Perlis.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, kebiasaannya musim memetik harumanis sampai waktu kemuncak pada Mei dan tahun ini sesuatu yang unik apabila pada waktu sama umat Islam bakal menunaikan ibadah puasa.

Menurutnya, berbuka puasa dengan harumanis bukan saja menarik minat ramai pihak malah turut dijangka dapat memasarkannya dengan lebih laris.

"Dalam masa sama, peniaga buah-buahan terutamanya umat Islam pula diharap dapat melakukan jualan dengan jujur, bukan saja kerana musim harumanis jatuh dalam Ramadan tetapi sebagai salah satu tuntutan dalam agama.

"Pembeli juga perlu mendapatkan maklumat jelas mengenai jenis buah mangga yang terdapat di pasaran sebelum mendapatkan bekalan khasnya mangga harumanis yang mempunyai beberapa ciri unik yang tidak terdapat pada mangga lain bagi mengelak sebarang penipuan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Fiesta Mangga Perlis 2017 di Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Ulu Pauh di Arau, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 6:22 PM