Afiq Hanif


ACER Malaysia mungkin mempunyai laptop game bersaiz 21 inci lengkung termahal di dunia dengan harga RM39,999 yang mempunyai ciri unik.

Ia didatangkan dengan pemprosesan Intel Core i7 Gen-7 yang dibantu RAM 64GB jenis DDR4 2400.

Selain monitornya yang lengkung, ia termasuk penyediaan dua kad grafik Nvidia GeForce GTX1080 pada SLI yang masing-masing siap dengan ‘overclocked’ sesuai untuk permainan mengagumkan.

Acer juga menyediakan dua kad PCI Express SSD menggunakan teknologi NVMe pada RAID 0 yang melancarkan operasi permainan.

Bagi mengelakkan laptop panas, lima kipas jenis Aeroblade yang langsung tidak berbunyi menjadi sistem penyejuk dengan rekaan ergonomik memudahkan laluan angin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 1:13 PM
Laptop Predator 21 X yang dilancarkan di Putrajaya. FOTO Afiq Hamid
Laptop Predator 21 X yang dilancarkan di Putrajaya. FOTO Afiq Hamid