KRISNAN diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah  Sesyen Ayer Keroh.  FOTO  Muhammad Hatim Ab Manan
KRISNAN diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Seorang buruh menangis ketika merayu hukuman ringan ke atasnya di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan wang palsu, ketika membeli petai, April lalu.

Pengakuan tertuduh, S SM Krisnan, 30, dirakam di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Tamil.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan sekeping wang kertas RM100 dengan nombor siri AF1811083 untuk membeli petai meskipun menyedari wang terbabit palsu pada jam 2.15 petang, 15 April lalu di Pasar Batang Tiga, Pantai Klebang di sini.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, pada 14 April lalu, seorang pekerja kedai sayur di Pasar Batang Tiga, Pantai Klebang, di sini, melihat sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru dinaiki dua lelaki ke pasar dan penumpang kereta terbabit iaitu tertuduh turun dari kereta lalu membeli empat ikat petai pada harga RM28 dengan menyerahkan sekeping wang kertas RM100 kepada pekerja pengadu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 7:01 AM