HASNAN menunjukkan dadah yang  dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Cempaka, Ipoh.
HASNAN menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Cempaka, Ipoh.
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Tiga lelaki yang ditahan selepas pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Cempaka, di sini, kelmarin menemui lebih 69 kilogram ganja dipercayai baru tiga bulan menjalankan kegiatan pengedaran dan memperoleh bekalan dadah dari negara jiran.

Harian Metro semalam melaporkan dalam serbuan jam 1 pagi oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri itu menemui 70 ketulan dadah mampat di dalam Toyota Avanza di hadapan rumah berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, selain tiga suspek berusia 31 hingga 38 tahun yang ditahan itu, polis tidak menolak kemungkinan sindiket turut mempunyai ahli lain dan usaha mengesannya akan terus dijalankan.

Katanya, semua dadah jenis ganja yang dirampas dianggarkan bernilai RM250,000 itu dipercayai untuk edaran di negeri ini dan Lembah Klang serta boleh digunakan lebih 140,000 penagih.

Menurutnya, semua dadah dirampas itu ditemui di dalam Toyota Avanza yang diletakkan di dalam bonet, bawah tempat duduk penumpang, tempat duduk belakang serta ruang pintu.

“Ketiga-tiga suspek yang dua daripadanya penganggur, manakala seorang lagi bekerja di bengkel itu kini direman tujuh hari bermula semalam (kelmarin) sehingga 27 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 10:59 AM