ANGGOTA bomba mengusung mayat Lee.
ANGGOTA bomba mengusung mayat Lee.

Nibong Tebal: Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke sungai ketika menangkul ketam di kawasan paya bakau berhampiran Jeti Batu Musang, Batu Kawan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, mangsa terjatuh ke dalam sungai dan lemas sebelum mayat ditemui jam 10.45 pagi satu kilometer dari tempat dia kali terakhir dilihat.

Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, suaminya yang juga seorang tukang masak itu sering ke lokasi berkenaan bagi mencari ketam dan sering pulang ke rumah mereka di Machang Bubok, Bukit Mertajam pada jam 4 pagi.

“Semalam saya mula risau apabila dia tidak pulang seperti kebiasaannya sebelum saya dikejutkan dengan berita dia hilang apabila saya menelefon rakannya.

“Kami mempunyai tiga orang anak dan begitu sedih apabila menerima berita kematiannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mayat mangsa dijumpai jam 10.45 pagi oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

Beliau berkata, dalam kejadian awal pagi mangsa Lee Choon Chin, 31,
dan rakannya Lau Hak Ching,40, datang
ke kawasan berkenaan secara berasingan bagi menangkul ketam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 8:46 AM