NORAZLYEN menunjukkan surat Mahkamah  Rendah Syariah Selangor yang memohon   bapanya, Bandu Sabollah menjadi wali pernikahan.
NORAZLYEN menunjukkan surat Mahkamah Rendah Syariah Selangor yang memohon bapanya, Bandu Sabollah menjadi wali pernikahan.

Putrajaya: Seorang gadis merayu orang ramai mengesan bapa kandungnya yang tidak pernah bertemu sejak berusia dua tahun selepas berpisah dengan ibunya kira-kira 13 tahun lalu.

Norazlyen Bandu, 17, berkata, sehingga kini dia tidak mengetahui lokasi bapanya, Bandu Sabollah, 58, berada dan difahamkan, lelaki terbabit sudah pun berkahwin lain.

Menurutnya, dia berharap pencariannya berhasil kerana mahu lelaki itu hadir menjadi wali pada majlis pernikahannya yang dirancang hujung bulan ini.

“Saya juga buntu bagaimana untuk mencarinya kerana tidak banyak maklumat diperoleh, malah tiada gambarnya,” katanya ketika ketika hadir di Harian Metro Biro Putrajaya di sini, semalam.

Norazlyen yang juga anak bongsu lima beradik berkata, dia kini tinggal bersama ibu serta bapa tiri dan dua adik hasil perkahwinan kedua ibunya di Kuala Langat, Banting, Selangor.

“Ibu dan bapa kandung saya berasal dari Tawau, Sabah, namun saya juga tidak mengetahui saudara atau adik-beradik di sebelah bapa,” katanya.

Katanya, dia hanya memperoleh alamat terakhir bapanya iaitu di No 1 Jalan 9, Taman Sri Jelok, 43000 Kajang, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 5:21 AM