WANITA yang dipercayai terbabit menggunakan kad debit milik seorang doktor.
WANITA yang dipercayai terbabit menggunakan kad debit milik seorang doktor.

Kajang: Joli sakan beli emas. Itu dilakukan seorang wanita yang dikesan berbelanja mewah menggunakan beberapa kad debit bank milik seorang doktor yang tercicir.

Dalam kejadian jam 4 petang Khamis lalu, mangsa yang juga seorang doktor lelaki tidak menyedari dompetnya tercicir di Hospital Kajang.

Sumber berkata, mangsa kemudian menerima SMS dari pihak bank menyatakan berlaku transaksi menggunakan kad debit miliknya daripada sebuah kedai emas di Bandar Teknologi Kajang.

“SMS itu memaklumkan ada individu melakukan dua transaksi membeli emas berjumlah RM2,727 dan RM1,000 dari kedai emas itu.

“Sebaik mengesan ada penggunaan ke atas kad bank miliknya, mangsa menghubungi kedai emas berkenaan untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

Katanya, selepas menghubungi wakil kedai emas itu, mangsa turut memperoleh rakaman serta gambar menunjukkan seorang wanita yang membeli emas menggunakan kad bank miliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 6:16 AM