KEADAAN mangsa yang patah tangan akibat tergelincir dan jatuh di Bukit Saga.
KEADAAN mangsa yang patah tangan akibat tergelincir dan jatuh di Bukit Saga.
Nadzreen Shah Mat Salim


Ampang: Kegembiraan pasangan suami isteri melakukan aktiviti riadah di Bukit Saga di sini, berakhir ‘duka’ apabila mereka tergelincir jatuh dan patah tangan.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa, Sia Kian Heag, 53, patah tangan kiri manakala isterinya, Low Foong Ngoh, 47 mengalami kepenatan melampau dan tidak mampu meneruskan perjalanan menuruni bukit.

Difahamkan, kedua-dua mangsa mendaki Bukit Saga melalui Bukit Hartamas, Cheras, pada jam 4 petang kelmarin sebelum tergelincir dan jatuh di lokasi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur Ruslan Lokk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.52 malam dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sepasukan penyelamat APM dan anggota bomba Pandan Indah tiba di lokasi pada jam 9.46 malam.

“Bagaimanapun kedua-dua mangsa diberi bantuan awal oleh pendaki yang biasa dengan kawasan itu.

“Seorang pendaki mendakwa ternampak pasangan itu terduduk kesakitan di bukit berkenaan,” katanya.

Ruslan berkata, anggota penyelamat segera memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa turun ke kaki bukit.

Dia berkata, mangsa selamat dibawa turun pada jam 3.55 pagi semalam sebelum dihantar ke Hospital Ampang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 10:55 AM