KERETA  dipandu  terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.2 dari arah pulau menghala tanah besar Jambatan Pulau Pinang.
KERETA dipandu terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.2 dari arah pulau menghala tanah besar Jambatan Pulau Pinang.

Georgetown: Seorang lelaki berusia 30-an patah kedua-dua paha selepas kereta Mercedes Benz dipandunya hilang kawalan lalu terbalik dalam kemalangan di Kilometer (KM) 4.2 Jambatan Pulau Pinang (arah pulau ke tanah besar), di sini, pada jam 5.30 petang semalam.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang sebelum dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata, sebaik sampai pihaknya melihat kereta itu terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas manakala mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah kedua-dua paha dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

“Punca kejadian masih disiasat dan kemalangan itu menyebabkan berlaku kesesakan teruk di kedua-dua hala Jambatan Pulau Pinang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 6:31 AM