SHAMSUL Kahar (tengah) bersama penerima Anugerah Dekan.
SHAMSUL Kahar (tengah) bersama penerima Anugerah Dekan.

Gombak: Kolej Islam Antarabangsa (IIC) mencipta sejarah tersendiri apabila 198 pelajar mencatat keputusan paling cemerlang pada Semester 2 Sesi 2014/2015 dalam program Sekolah Sains Sosial kolej berkenaan baru-baru ini.

Semua pelajar berkenaan daripada program Diploma Pengajian Islam dan Sains Kontemporari (DIC) dan Diploma Pendidikan Awal Islam Kanak-Kanak (DCE) diraikan pada Majlis Penghargaan Anugerah Dekan Sekolah Sains Sosial yang berlangsung Dewan Besar IIC.

Pada majlis itu, 140 pelajar daripada program DCE dan 58 bagi program DIC, menerima anugerah dekan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Shamsul Kahar Haron dan Dekan Sekolah Sains Sosial IIC, Arlina Rohaizey Muhamad Amdan.

Shamsul Kahar berkata, beliau terharu dan puas hati kerana jumlah pelajar cemerlang dalam akademik khususnya bagi program Sekolah Sains Sosial semakin bertambah dalam sesi pengajian mereka pada setiap tahun.

“Saya berharap mereka yang mencatat Purata Markah Keseluruhan (GPA) 3.5 ke atas itu perlu terus mengekalkan kecemerlangan sehingga semester terakhir pengajian. Kecemerlangan itu tiket untuk menyambung pengajian mereka ke universiti awam khususnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 7:55 AM