Tindakan seorang mak nyah menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis menyebabkan dia didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Chan Chew Mun, 43, selepas dia mengaku salah.

Mahkamah turut memerintahkan sebulan penjara jika dia gagal membayar denda itu.

Chan didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan kedai di Jalan Petaling pada jam 5.30 petang, 30 September lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam Zulkifli Awang manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 6:04 AM