Seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Sabtu lalu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM100,000 iaitu RM20,000 dalam bentuk wang tunai dan RM80,000 jaminan secara lisan berserta dengan dua penjamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim mengeluarkan perintah itu selepas perintah tahanan reman terhadap lelaki berkenaan tamat, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 8:16 AM