Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Pengarah urusan syarikat bergelar 'Datuk' yang sebelum ini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Lelaki berusia 48 tahun itu dilepaskan dengan jaminan RM100,000 berserta dengan dua penjamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah bebas ke atas lelaki berkenaan iaitu RM20,000 dalam bentuk tunai dan RM80,000 jaminan secara lisan.

Lelaki berkenaan adalah individu keempat ditahan SPRM bagi membantu kes berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 10:28 AM