Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Tiga kontraktor syarikat penganjuran acara dibebaskan daripada tahanan reman oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini berhubung siasatan penyelewengan dana kerajaan bernilai RM100 juta.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Mereka dibebaskan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi mengemukakan permohonan bagi melanjutkan tempoh reman ketiga-tiga lelaki berkenaan.

Ketiga-tiga mereka berusia 41 hingga 59 itu dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, dua lagi termasuk seorang pegawai kanan KBS berpangkat Setiausaha Bahagian dan seorang kontraktor masih dalam tahanan reman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 10:43 AM