TUANKU  Lailatul Shahreen (lima dari kanan, berjubah emas)   bersama  pengurusan kanan serta  graduan   sempena Istiadat Konvokesyen ke-10 UniMAP.
TUANKU Lailatul Shahreen (lima dari kanan, berjubah emas) bersama pengurusan kanan serta graduan sempena Istiadat Konvokesyen ke-10 UniMAP.
  Muhammad Asri  dan Oii   menerima anugerah pada  istiadat konvokesyen.
Muhammad Asri dan Oii menerima anugerah pada istiadat konvokesyen.
Oleh Hafizudin Mohd Safar

Arau : Kehidupan keluarga serba kekurangan menjadi dorongan buat graduan jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan sehingga dikurniakan Anugerah Pingat Emas Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-10, di sini, semalam.

Muhammad Asri Abdul Ghani, 21, dari Kuantan, Pahang berkata, pengalaman membantu bapanya bekerja memasang jubin di rumah pelanggan pada umur belasan tahun memberi kekuatan kepada dirinya untuk cekal dalam pengajian supaya menjadi insan berguna.

Katanya, kegigihan dan ketelitian sering ditunjukkan bapanya ketika melakukan kerja juga dijadikan panduan ketika menghadapi pelajaran kerana perkara sukar jika dilakukan secara berulang kali akan menjadi mudah untuk diselesaikan.

“Saya cuba fokus dalam pelajaran. Memang ada kalanya saya pernah putus semangat dan gagal dalam ujian. Selepas memikirkan kembali tujuan belajar untuk membantu keluarga selepas berjaya nanti, akhirnya saya mendapat motivasi untuk berubah,” katanya.

Muhammad Asri yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata demikian ketika ditemui selepas menerima skrol daripada Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor universiti terbabit di Kampus Induk UniMAP Pauh Putra, di sini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:06 AM