NUR Syuhaila Zulkefli menunjukkan roti canai warna-warni Aidilfitri yang menjadi juadah Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Japerun Rim, Bandar Jasin.
NUR Syuhaila Zulkefli menunjukkan roti canai warna-warni Aidilfitri yang menjadi juadah Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Japerun Rim, Bandar Jasin.
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Jasin: Jika diamati, rupanya tidak ubah seperti permainan kanak-kanak ‘Play-Doh’, namun jangan terkejut kerana ia adalah doh roti canai sebenar, tetapi diadun dan dicampur pewarna bagi menjadikannya lebih menarik.

Roti canai dibuat Zulkefli Sharif, 55, diadun mengikut lima warna iaitu warna asal roti canai, biru, merah jambu, kuning dan hijau itu disediakan pada rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri Rim Datuk Ghazale Muhamad di bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Rim, di sini, kelmarin.

Menurutnya, penghasilan roti canai berwarna-warni itu adalah percubaan pertamanya khas untuk tetamu rumah terbuka itu, sekali gus menepati tema perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Saya hanya cuba menampilkan kelainan sesuai dengan slogan yang dilaungkan Perdana Menteri iaitu 1Malaysia, apatah lagi kita hidup berbilang kaum dan di Jasin belum pernah ada lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 6:42 AM