KEADAAN kereta Vanidah yang terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan arah ibu kota berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Sungai Besi, pagi semalam.
KEADAAN kereta Vanidah yang terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan arah ibu kota berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Sungai Besi, pagi semalam.
Oleh Asmah Rusman dan Wahi Aziz

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal, Vanidah Imran mengesahkan keadaannya stabil dan tidak cedera susulan kereta dipandunya terbakar pagi semalam.

Vanidah, 42, enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu berikutan mahu berehat.

“Saya okey saja. Tak ada apa-apa kecederaan, Alhamdulillah,” katanya.

Dalam kejadian jam 3 pagi, kereta Mini Cooper dipandu aktres itu terbakar di Kilometer 307, Lebuhraya Utara-Selatan arah ibu kota berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Sungai Besi.

Difahamkan dia sempat berhenti di bahu jalan bagi menyelamatkan diri selepas terlihat percikan api pada bahagian hadapan keretanya.

Susulan kejadian itu, sebuah jentera bomba dan balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkebakaran.

Sementara itu, suaminya aktor Rashidi Ishak berkata, Vanidah memandu bersendirian selepas selesai penggambaran sebuah drama.

Difahamkan, kereta dipandu Vanidah hadiah kemenangan pasangan berkenaan ketika menjuarai rancangan Sehati Berdansa musim pertama pada 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 9:01 AM