DUA mangsa yang maut terkena panahan petir, semalam.
DUA mangsa yang maut terkena panahan petir, semalam.
PONDOK  tempat tiga mangsa terkena panahan petir.
PONDOK tempat tiga mangsa terkena panahan petir.
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Batu Pahat: “Panahan petir berlaku dua kali. Yang pertama tak ada apa-apa, namun panahan kedua menyambar pokok pinang sebelum percikannya merebak ke pondok menunggu tempat ketiga-tiga mangsa berteduh.”

Demikian kata Mazlan Md Salleh, 45, mengenai insiden panahan petir di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Rengas, Parit Karjan, Sri Medan di sini, semalam yang mengorbankan dua lelaki manakala seorang budak perempuan parah.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu , mangsa terbunuh ialah dua bapa, Huda Janif, 35 dan Norazwan Juwari, 41, yang mahu menjemput anak masing-masing pulang dari sekolah.

Kanak-kanak yang parah ialah Siti Nur Aina Hairi , 9, dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Mazlan yang juga pengawal keselamatan SK Permatang Rengas berkata, kejadian berlaku ketika kawasan itu dilanda angin kencang berserta petir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 8:11 AM