KEADAAN rumah yang rosak di  Kampung Solok Jeram.
KEADAAN rumah yang rosak di Kampung Solok Jeram.
GERAI burger peniaga yang musnah diterbangkan ribut.
GERAI burger peniaga yang musnah diterbangkan ribut.
 DERETAN  pokok tumbang di Taman Krubong Jaya.
DERETAN pokok tumbang di Taman Krubong Jaya.
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: “Ketika kejadian, kami sekeluarga sedang berehat di ruang tamu apabila tiba-tiba terdengar deruan angin kuat bersama guruh dan hujan lebat kira-kira jam 5.30 petang (kelmarin).

“Saya kemudian naik ke tingkat atas dan terkejut apabila mendapati siling rumah mula basah dipercayai akibat atap diterbangkan angin,” kata Mohd Ibrahim Mohd Yusof, 41, apabila atap rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, diterbangkan angin.

Dalam kejadian sama, sebanyak 126 rumah di Taman Krubong Jaya, Taman Paya Rumput Indah dan Kampung Paya Rumput, di sini, turut mengalami nasib sama terutama di bahagian bumbung.

Mohd Ibrahim berkata, kejadian itu pertama kali dialaminya sejak tinggal di taman itu sejak lapan tahun lalu.

“Saya menganggarkan kira-kira RM8,000 diperlukan bagi membaiki bumbung dan rabung rumah yang rosak,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Jirannya, Mohd Ridzuan Ibrahim, 40, yang bekerja sebagai pekerja am di Hospital Melaka berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila dihubungi adiknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 10:28 AM