Kuala Lumpur: Wartawan veteran hiburan dan penulis lirik terkenal, Juwie meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 10.30 malam kelmarin akibat kanser prostat.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, 62, dimasukkan ke PPUKM sejak Mac lalu sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), baru-baru ini.

Jenazah akan dikebumikan di Selayang, hari ini.

Juwie mula berkhidmat sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984.

Antara lagu popular yang dihasilkannya adalah Masih Aku Terasa (Gersang) dan Sampai Hati (Spring).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 5:38 AM