MESIN tebu yang mengakibatkan empat jari seorang remaja hancur.
MESIN tebu yang mengakibatkan empat jari seorang remaja hancur.
Faizullah dibantu orang ramai setelah empat jarinya hancur apabila tersepit ke dalam mesin tebu.
Faizullah dibantu orang ramai setelah empat jarinya hancur apabila tersepit ke dalam mesin tebu.
Oleh Nur Syazwana Mansor

Gurun: Seorang remaja lelaki yang juga peniaga air tebu terpaksa menahan kesakitan selama hampir 20 minit sebelum diselamatkan anggota polis komuniti selepas pergelangan tangan kirinya tersepit dalam mesin pemerah tebu di Taman Gurun Jaya, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari itu mengakibatkan empat jari tangan kiri Mohd Faizullah Norazham, 18, hancur.

Mohd Faizullah berkata, dia menjalankan perniagaan air tebu berhampiran gelanggang futsal di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu.

Ketika kejadian, dia baru membuka gerainya dan sibuk memerah air tebu sebelum seorang rakannya datang dan mereka berbual sambil dia memerah air tebu.

“Tiba-tiba pergelangan tangan kiri saya seolah-olah direntap masuk ke dalam mesin berkenaan menyebabkan saya panik dan segera mematikan enjin mesin berkenaan.

“Saya melihat hampir seluruh pergelangan tangan kiri sudah tersepit dalam mesin dan keadaan berlumuran darah lalu menjerit meminta tolong daripada orang ramai di kawasan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 9:45 AM