MANGSA menahan kesakitan selepas ibu jari tangan kirinya cedera tersepit pada mesin pemerah tebu berhampiran Taman Kopodim, Kuching hari ini. FOTO Nor Syazwani Nasri
MANGSA menahan kesakitan selepas ibu jari tangan kirinya cedera tersepit pada mesin pemerah tebu berhampiran Taman Kopodim, Kuching hari ini. FOTO Nor Syazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


Kuching: Nasib malang menimpa seorang lelaki selepas ibu jari tangan kirinya tersepit pada mesin pemerah tebu berhampiran Taman Kopodim di sini, hari ini.

Ketika kejadian, mangsa, Farhanuddin Foji, 25, sedang memerah tebu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.06 petang dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati mangsa sedang menahan kesakitan akibat ibu jari tangan sebelah kiri tersepit pada mesin memerah tebu.

"Pasukan bomba bertindak mengeluarkan jari mangsa yang tersepit dengan peralatan khas.

"Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pasukan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2022 @ 8:25 PM