SEORANG jemaah khusyuk memanjatkan doa di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
SEORANG jemaah khusyuk memanjatkan doa di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang beragama Islam tergolong dalam ‘Syahid Akhirat’ bersandarkan kepada hadis sahih.

Berdasarkan laman web rasmi Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa hadis nabi Muhammad SAW ada menyatakan bahawa kematian akibat tenggelam adalah tergolong dalam salah satu kategori syahid akhirat.

Muzakarah juga berpandangan bahawa semua umat Islam termasuk ahli keluarga penumpang pesawat itu boleh melaksanakan ibadah seperti solat hajat dan bacaan Yasin.

Berdasarkan kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan bahawa terdapat keperluan untuk menetapkan tempoh mafqud iaitu orang yang hilang adalah terletak kepada pertimbangan pemimpin.

“Dalam hal ini, muzakarah memutuskan bahawa tempoh mafqud adalah terletak pada pertimbangan ulil amri (pemimpin) berdasarkan ijtihadnya selaras dengan pandangan majoriti ulama termasuk Mazhab Syafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan satu riwayat Mazhab Hanbali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:36 AM