ANGGOTA tentera laut Amerika Syarikat membuat imbasan bagi mengesan kedudukan bangkai pesawat
ANGGOTA tentera laut Amerika Syarikat membuat imbasan bagi mengesan kedudukan bangkai pesawat

Kuala Lumpur: Usaha untuk menaikkan ekor atau badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 boleh dilakukan menerusi teknik pengapungan menggunakan alatan tertentu namun usaha berkenaan bakal mengambil masa yang agak lama.

Ketua Seksyen Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-Miat) Prof Madya Kapten Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, teknik apungan itu umpama pelampung yang akan menaikkan bangkai pesawat, tetapi ia bukan suatu kerja mudah.

“Selain teknik apungan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga boleh menggunakan kren daripada atas kapal untuk menaikkan sesuatu bahagian pesawat.

“Teknik itu boleh dilakukan, namun ia bergantung kepada kedalaman serta keadaan laut. Jika dilihat daripada kes QZ8501, usaha untuk menaikkan pesawat menerusi teknik ini agak sukar kerana keadaan laut bergelora,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 7:16 AM