Kuala Lumpur: Sebanyak 9,679 saman dikeluarkan dalam operasi khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan tiga kesalahan sejak 1 November hingga 16 November lalu, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, tiga kesalahan itu ialah nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut peraturan, penggunaan lampu strob dan lampu High-Intensity Discharge (HID) secara retrofit.

Semasa menjawab soalan Senator Datuk Khairudin E S Abd Samad, Ab Aziz berkata, daripada jumlah itu, 8,345 saman dikeluarkan bagi kesalahan nombor pendaftaran, 810 saman bagi kesalahan penggunaan lampu strob dan selebihnya kesalahan penggunaan lampu HID. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 6:16 AM