NOOR Rashid (tiga dari kiri) melihat dadah yang dirampas, turut hadir, Mohd Mokhtar (dua dari kiri) dan Ng (tiga dari kanan) pada sidang media, semalam.
NOOR Rashid (tiga dari kiri) melihat dadah yang dirampas, turut hadir, Mohd Mokhtar (dua dari kiri) dan Ng (tiga dari kanan) pada sidang media, semalam.
Oleh Omar Ahmad


Johor Bahru: Kerjasama melalui maklumat risikan antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pusat Biro Narkotik (CNB) Singapura berjaya menumpaskan sindiket dadah antarabangsa membabitkan rampasan bernilai RM5.2 juta dalam beberapa serbuan di daerah ini, kelmarin.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan kerjasama Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) menyerbu sebuah premis di bandar raya ini pada jam 6 pagi dan merampas 63,500 pil psikotropik serta 81 liter cecair disyaki dadah.

Menurutnya, pasukan itu juga menahan tiga lelaki berusia antara 41 dan 54 tahun termasuk seorang rakyat Singapura.

“Susulan maklumat diperoleh daripada ketiga-tiga suspek, polis memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Gelang Patah.

“Hasil pemeriksaan terhadap kontena dari Karachi, Pakistan, yang membawa 360 kampit guni berisi bahan mentah untuk membuat kaca, tiga daripadanya didapati mengandungi 150 kilogram ketamin dan 484 gram syabu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:09 AM