NOOR Rashid (kot kelabu) memerhatikan hasil rampasan daripada sindiket dadah di IPK Johor.
NOOR Rashid (kot kelabu) memerhatikan hasil rampasan daripada sindiket dadah di IPK Johor.
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin

Johor Bahru: Hasil kerjasama PDRM dan Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa bernilai RM5 juta di sekitar bandar raya ini, semalam.

Kejayaan itu adalah hasil serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru yang turut menyaksika tiga lelaki termasuk seorang warga Singapura ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pada 6 pagi semalam, pihak berkuasa turut merampas 63, 500 pil psikotropik dan 81 liter cecair disyaki dadah.

Katanya, susulan tangkapan suspek, polis mengesan sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjumpai tiga guni berisi 150 kilogram ketamin dan 484 gram syabu.

"Suspek berumur 41 hingga 54 tahun ditahan reman tujuh hari bagi bantu siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kejayaan ni adalah hasil perkongsian maklumat antara PDRM dan CNB bagi menumpaskan sindiket dadah antarabangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 1:47 PM