MUHAMMAD Amir Aiman  (kanan) dan Muhammad Amir Afiq menunggu giliran untuk berkhatan.
MUHAMMAD Amir Aiman (kanan) dan Muhammad Amir Afiq menunggu giliran untuk berkhatan.

Shah Alam: Seronok dan teruja. Itulah reaksi pasangan kembar seiras berusia sembilan tahun yang menjadi tumpuan ramai pada Program Khatan Beramai-ramai sempena cuti sekolah di Wisma Rozali, di sini, semalam.

Muhammad Amir Afiq berkata, dia teruja kerana berpeluang merasai pengalaman berkhatan beramai-ramai, malah perasaan takut hilang selepas melihat rakan seusianya tenang selepas berkhatan.

“Bangun pagi tadi (semalam) memang saya rasa sangat takut, terutama apabila teringat gurauan rakan di sekolah dengan pelbagai cerita menggerunkan. Tapi, semua itu hilang selepas saya sampai di sini dan lihat rakan sebaya di program ini senyum seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.

“Apabila sudah berkhatan, rasa macam sudah dewasa. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bagi adik kembarnya, Muhammad Amir Aiman, walaupun sebelum ini ada mendengar pelbagai cerita ‘gerun’ daripada rakan sebaya yang sudah berkhatan, kehadiran kembarnya membuatkan dia lebih tenang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:13 AM