MUHAMAD Helmi  menerima ciuman tahniah daripada ibu bapa Datin Siti Halimah Bahaman dan Datuk Mohd Kamil Abd Aziz.
MUHAMAD Helmi menerima ciuman tahniah daripada ibu bapa Datin Siti Halimah Bahaman dan Datuk Mohd Kamil Abd Aziz.
Oleh Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: “Ilmu itu akan mudah jika ia berkat dan diterima dengan hati yang ikhlas,” kata Muhamad Helmi Mohd Kamil, 23, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-76 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini, semalam.

Graduan ijazah sarjana muda pengurusan hartanah itu yang berjaya memperoleh Nilai Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.74, berkata, mudah bagi seseorang pelajar itu untuk cemerlang jika disenangi oleh pensyarah selain mempunyai hubungan baik dengan rakan sekuliah.

Menurut anak kelahiran Gemenceh, Negeri Sembilan itu, jika rakan lain lebih gemar belajar berkumpulan, dia pula sebaliknya kerana beranggapan waktu mengulang kaji perlu dimanfaatkan sepenuhnya secara bersendirian.

“Masing-masing ada rahsia tersendiri cemerlang sama seperti saya, bagi saya hubungan baik dengan pensyarah sangat penting kerana apabila pensyarah menyenangi kelakuan serta mengenali kita jadi pembelajaran itu menjadi mudah.

“Kita tidak akan rasa kekok dan segan bertanya, tetapi rasa hormat itu juga penting kerana sebagai pelajar kita perlu menghormati dan jangan sesekali biarkan pensyarah terasa hati kerana, tidak berkat ilmu yang kita dapat,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:11 AM