Nurshafika Suhaimi

Baru-baru ini, syarikat Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) memperkenalkan tiga model telefon pintar kelas pertengahan mampu milik, iaitu Galaxy A15, Galaxy A15 5G dan Galaxy A25 5G.

Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan Samsung Wallet, fungsi dompet digital yang bukan sekadar dompet digital, namun ia menawarkan banyak ganjaran dan rebat apabila anda berbelanja.

Menariknya, pengguna akan memperoleh mata Samsung Rewards dengan mudah untuk setiap pembelian tanpa perbelanjaan minimum sehingga 50 transaksi setiap bulan.

Pengguna boleh menukarkan mata Samsung Rewards kepada rebat dengan nilai maksimum RM720 setahun, yang boleh digunakan untuk menaik taraf kepada peranti Samsung yang seterusnya.

Lebih banyak mata yang diperoleh, semakin kurang pengguna perlu berbelanja pada peranti yang seterusnya.

Sebagai contoh, jika pengguna mengumpul mata sehingga tiga tahun, mereka akan memperolehi rebat sebanyak RM2,160 (mata sah sehingga tiga tahun sahaja). 

Dengan rebat ini, pengguna boleh menggunakan untuk membeli telefon Samsung seterusnya yang sama nilai atau dengan tambahan wang. 

Bukan itu saja, apabila membayar dengan Samsung Wallet, pengguna juga boleh menikmati ganjaran berganda dalam satu transaksi iaitu mengumpul mata untuk kedua-dua kad pembayaran dan Samsung Wallet.

Malah, pengguna boleh menggunakan mata Samsung Rewards untuk menjimatkan sehingga 99 peratus ke atas sebarang barangan termasuk penebusan baucar sepanjang tahun, kod diskaun, hadiah dan banyak lagi.

Image

Tidak cukup dengan itu, Samsung juga bekerjasama dengan jenama seperti ZUS Coffee, Grab, TGV Cinemas, llaollao, Shopee, Tealive, dan banyak lagi untuk mencipta aliran faedah yang berterusan dan penjimatan ketara untuk pengguna Galaxy.

Sebagai contoh, pada minggu ini, eksklusif untuk pengguna Galaxy A15 dan A25 5G, mereka boleh mendapatkan baucar potongan diskaun sebanyak RM15 di Golden Screen Cinemas (GSC).

Pada masa ini, terdapat baucar mingguan tersedia daripada rakan kongsi untuk ditebus sementara stok masih ada.

Walaupun pelbagai tawaran menarik disediakan untuk siri kali ini, kedua-duanya masih lagi mengekalkan ciri dan teknologi terkini yang mengagumkan.

Justeru, penulis sempat mencuba sendiri kedua-dua model ini dan berikut adalah perbezaan Galaxy A15 dan A25 5G yang boleh menjadi faktor penentu untuk pilihan anda.

Dompet yang dilindungi lebih selamat

Image

Kedua-dua model ini hadir dengan ciri Samsung Knox Matrix memastikan pengalaman telefon pintar yang selamat dan mampu milik untuk orang ramai.

Ciri ini dapat melindungi Samsung Wallet termasuk pengecaman cap jari dan penyulitan untuk memastikan data pengguna dilindungi.

Bukan itu saja, ia juga menawarkan lapisan pertahanan tambahan terhadap kemungkinan percubaan penggodaman dan Samsung Wallet tidak mempunyai akses kepada sebarang maklumat pembayaran.

Selain itu, siri Galaxy A15 dan A25 5G turut didatangkan dengan One UI 6 baharu yang dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan melalui ciri yang dipanggil Auto Blocker.

Ia melindungi peranti dan data Galaxy anda dengan menghalang pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan, menyemak perisian hasad dan menyekat aktiviti hasad.

Dengan Auto Blocker, Knox Vault dan jaminan sehingga empat generasi peningkatan OS serta lima tahun kemas kini keselamatan, Samsung mengesahkan komitmennya untuk menyediakan pengguna telefon pintar paling selamat dan menjimatkan kos dalam pasaran.

Klik sini untuk maklumat lanjut.  

Prestasi, reka bentuk

Dari segi prestasi, kedua-dua model ini dikuasakan oleh chipset yang berbeza iaitu Samsung Galaxy A15 menggunakan Chipset Dimensity 6100 Plus dari Mediatek, sementara prestasi Galaxy A25 pula bergantung pada Samsung's Exynos 1280.

Walaupun chipset yang berbeza, kedua-duanya menawarkan prestasi maksimum, terutamanya dengan sokongan rangkaian 5G terkini.

Untuk rekaan, Samsung Galaxy A15 dan A25 5G mempunyai reka bentuk yang serupa dengan dimensi 160.1 x 76.8 x 8.4 mm serta menggunakan skrin Super AMOLED 90Hz, dengan resolusi HD Penuh.

Walau bagaimanapun, perbezaan yang signifikan timbul dari segi kadar penyegaran pada skrin. 

Galaxy A25 5G lebih unggul dengan kadar penyegaran 120Hz, manakala Galaxy A15 mempunyai kadar penyegaran 90Hz.

Bagi pengguna yang mementingkan kelancaran navigasi pelbagai aplikasi, Galaxy A25 5Gpasti menjadi pilihan utama berbanding Galaxy A15. 

Namun harus diingatkan semakin tinggi kadar penyegaran, semakin banyak penggunaan bateri. Ia terpulang kepada individu dan tahap penggunaan. 

Kamera

Dengan perkembangan teknologi digital hari ini, fotografi mudah alih semakin popular terutama dalam kalangan pencipta kandungan.

Justeru, kamera Galaxy A15 dan A25 5G mempunyai kekuatan mereka tersendiri walaupun dijual pada harga mampu milik. 

Kedua-dua model menampilkan sistem tri-kamera di belakang yang disusun menegak tiga kamera dengan lensa utama 50 MP, ultrawide 8 MP dan makro 2 MP serta kamera hadapan 13MP.

Bagaimanapun, Galaxy A25 mempunyai sedikit perbezaan dari segi konfigurasi dan apertur yang lebih naik ke arah keperluan fotografi yang mungkin memberi kesan kepada kualiti swafoto. 

Bateri, storan

Dilengkapi dengan bateri 5,000mAh, kedua-dua Galaxy A15 dan A25 5G mempunyai ketahanan bateri yang sama serta penyokong pengecasan pantas 25W yang serupa. 

Kedua-dua model ini juga ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu RAM 8GB dan storan dalaman 256GB serta tiga pilihan warna iaitu Biru Muda, Kuning dan Hijau Muda. 

Samsung Galaxy A15 bermula pada harga RM999 dan Galaxy A25 5G bermula pada harga RM1,299 yang menonjolkan dengan ciri unik mereka sendiri dalam barisan telefon pintar Samsung.

Dengan perbandingan ini, pilihan antara Galaxy A15 dan A25 5G bergantung pada keutamaan dan keperluan setiap pengguna.

Kedua-duanya menawarkan spesifikasi yang mengagumkan dan pengguna harus mempertimbangkan ciri-ciri yang paling sesuai dengan keperluan mereka sebelum membuat keputusan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari web rasmi Samsung atau ikuti di laman sosial media mereka.

*Mengikut terma dan syarat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2024 @ 5:30 PM