Nurshafika Suhaimi

SEJAK awal kemunculan, model telefon pintar keluaran Samsung Electronics Co.,Ltd sering menjadi tumpuan pengguna kerana sinonim dengan spesifikasi canggih dan harga mampu milik.

Jika sebelum ini, jenama Samsung berjaya mencipta kelainan dalam revolusi telefon pintar apabila mengeluarkan telefon pintar lipat yang pertama, Galaxy Fold yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan telefon seperti 'buku'.

Pada tahun ini, jenama Samsung sekali lagi mempertaruhkan model lipat mereka dengan menawarkan pelbagai ciri baru yang lebih canggih berbanding versi terdahulu menerusi Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.

Kedua-dua peranti ini merupakan telefon pintar boleh lipat premium yang dibina dengan hasil rekaan dan inovasi yang pasti menjanjikan pengalaman lebih optimum kepada pengguna. 

Namun, dengan pelbagai ciri baru dan menarik, bagaimana peranti generasi ketiga ini dikatakan lebih baik dari rekaan sebelumnya? Berikut antara sebab utama peranti ini mampu menjadi pilihan terbaik pengguna.

Skrin ditingkatkan dengan sokongan S Pen

ImageSokongan S Pen di telefon pintar dengan layar yang besar merupakan pilihan kebanyakkan pengguna - FOTO Samsung

Apa yang menarik mengenai telefon pintar Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G sudah semestinya adalah reka bentuk ikonik yang anggun serta bersaiz kompak dengan upaya lipatan.

Jika anda seorang yang mengutamakan peranti penuh gaya dengan pelbagai fungsi, dua peranti terbaru jenama Samsung ini adalah ideal buat anda selain menawarkan pengalaman baharu yang unik. 

Kedua peranti ini juga dibekalkan dengan inovasi layar smartphone paling canggih saat ini iaitu panel layar Dynamic AMOLED 2X yang memiliki kecanggihan layar resolusi tinggi, refresh rate cepat dan ketajaman serta ketepatan warna yang sebenar.

Ini sekaligus dapat memberikan anda pengalaman yang lancar tanpa gangguan semasa melakukan tugasan atau bermain permainan dengan paparan Infinity Flex Display 7.6 inci.

Ia juga merupakan peranti lipat pertama yang dilengkap S Pen yang pastinya meningkatkan produktiviti anda serta memberikan pengalaman penulisan yang paling realistik.

Selain itu, skrin penutup yang direka semula kini empat kali lebih luas daripada yang dahulu, menjadikannya lebih mudah untuk melihat pemberitahuan (notification) dan mesej tanpa perlu membuka peranti itu sepenuhnya.

Malah, pengguna boleh mengambil jalan pintas dan membuka semula aplikasi dengan cara yang sama hasil penambahbaikan App Pair.

Tambahan pembaharuan pada peranti Galaxy Z ialah Samsung Pay tersedia pada skrin penutup menjadikan pengguna lebih mudah untuk melakukan sebarang pembayaran.

Rintang air dan tahan lama

Dari segi ketahanan, anda tidak perlu bimbang jika terperangkap dalam hujan kerana peranti Galaxy Z generasi baharu ini adalah telefon pintar lipat pertama yang dilengkapi dengan ketahanan air IPX8.

Untuk melindungi daripada calar dan kejatuhan tidak sengaja, Z Fold3 dan Z Flip3 diperbuat dengan Corning Gorilla Glass Victus (kaca lebih keras) dan Armor Aluminium iaitu aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy.

Selain itu, kedua-dua peranti ini merangkumi filem pelindung baru yang diperbuat daripada PET yang boleh diregangkan dan lapisan panel paparan yang dioptimalkan sehingga paparannya 80 peratus lebih tahan lama daripada versi sebelumnya.

Menerusi revolusi Hideaway Hinge yang diperkenalkan kali pertama  pada Galaxy Z Flip, ia membolehkan peranti kekal berada pada kedudukan tidak kira di sebarang sudut untuk pengalaman pengguna yang inovatif dengan Flex Mode. 

Dengan teknologi Sweeper yang ditambah baik, bulu di Hinge kini lebih pendek, membantu untuk menangkis habuk dan partikel kecil lain bagi mengekalkan ketahanan peranti untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar. 

Kedua-dua Z Fold3 dan Z Flip3 menjalani ujian lipatan berat untuk menahan lipatan 200,000 kali dan telah disahkan oleh Bureau Veritas.

Malah, kedua-dua peranti ini juga dilengkapi dengan keserasian 5nm AP dan 5G band terbaru yang kuat untuk pengalaman terbaik di dalam dan luar.

Bagi mereka yang suka 'swafoto', anda boleh bebas mengambil gambar menggunakan Flex Mode serta merakam video dengan pantas dari skrin luar, tanpa perlu membuka telefon.

Ini boleh dilakukan dengan fungsi 'Quick Shot' dengan menekan butang utama dua kali. Menarik bukan?

Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic 

Image

Selain dari pelancaran telefon boleh lipat premium Samsung di Samsung Unpacked, Samsung turut melancarkan sesuatu yang menarik iaitu Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic.

Ia adalah jam tangan pintar pertama menampilkan teknologi Wear OS™, dikuasakan Samsung dengan kerjasama Google™ dan dilengkapi One UI Watch, antaramuka pengguna Samsung yang paling intuitif.

Berlainan dengan siri terdahulu, Galaxy Watch4 dan Watch4 Classic tidak lagi menggunakan Tizen sebagai sistem operasi mereka. Dengan kerjasama Google, Samsung menggunakan WearOS dengan antara muka OneUI.

Siri Galaxy Watch4 memiliki pemproses 5nm pertama dalam Galaxy Watch dengan CPU 20% lebih pantas dan RAM 50% lebih banyak, dan GPU 10 kali lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. 

Ini bermakna pengguna dapat melakukan aktiviti pada siri Galaxy Watch4 lebih lancar dan mudah selain resolusi pada paparan lebih tajam sehingga 450 x 450 piksel.

Dengan memori 16GB yang mengagumkan, pengguna mempunyai simpanan yang mencukupi untuk memuat turun dan menyimpan aplikasi, muzik, dan foto kegemaran.

Paling penting semua data pengguna tersimpan dengan selamat menerusi penawaran platform keselamatan Samsung Knox.

Lebih menarik, peranti baharu ini telah direka semula sepenuhnya untuk menyediakan kepada pengguna alat terbaik bagi mengurus kesihatan pengguna. 

Dengan jam pintar ini, anda boleh mengetahui prestasi kesihatan dan keadaan tubuh badan anda terutama di musim wabak ini.

Pelbagai ciri kesihatan seperti panduan senaman, kiraan kalori, kadar degupan jantung, pemantauan corak tidur dan banyak lagi yang boleh dimanfaatkan. 

Apabila waktu tidur, siri Galaxy Watch4 memberikan gambaran yang hampir lengkap mengenai corak tidur anda, dengan perincian yang lebih hebat daripada sebelumnya.

Sebagai contoh, pengguna dapat mengesan dengkuran sendiri dan memantau tahap oksigen dalam darah ketika sedang tidur menerusi Real-time Health Monitoring yang dilengkapi dengan Advanced Sleep Management.

Ini sekaligus berupaya meningkatkan kualiti tidur menerusi Skor Tidur kepada pengguna serta membolehkan pengguna mendapat rehat lebih baik. 

Anda juga tidak perlu risau kerana peranti ini mempunyai hayat bateri sehingga 40 jam. Jika ia kehabisan bateri, anda boleh mengecas semula dengan pantas, hanya mengambil masa 30 minit untuk bateri bertahan sehingga 10 jam.

Galaxy Buds2

Image

Selain Galaxy Watch4, Samsung turut mengumumkan kemunculan Galaxy Buds2 yang direka dengan jaminan keselesaan sesuai untuk pemakaian sepanjang hari.

Peranti ini menawarkan kualiti bunyi premium yang membuatkan pengguna leka dan seronok mendengar audio kegemaran di mana sahaja berada. 

Galaxy Buds2 juga dilengkapi dengan Active Noise Cancelling untuk menyekat kebisingan yang tidak diingini selain mempunyai pembesar suara dua hala yang dinamik.

Antara lain yang menarik adalah rekaan ikonik dengan bentuk melengkung serta saiz kecik dan ringan memberi keselesaan kepada pengguna.

Untuk keselesaan yang lebih optimum, Samsung membangunkan 'Earbud fit test' di aplikasi Galaxy Wearable. 

Pilih daripada empat warna kontemporari iaitu Graphite, White, Olive dan Lavender untuk menyerlahkan gaya peribadi dan lengkapkan pakej dengan sarung aksesori pihak ketiga.

Secara keseluruhannya, padanan Galaxy Buds2 sangat sesuai jika digandingkan bersama telefon pintar, tablet, atau jam pintar Galaxy anda. 

Pesanan awal dibuka bermula 19 September

Image

Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Z Flip3 5G, Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 Bluetooth tersedia untuk pra-pesanan bermula 19 September 2021.

Lebih menarik, pengguna yang membuat pesanan awal Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G akan mendapat perlindungan Samsung Care+ setahun secara percuma.

Samsung Care+ adalah perkhidmatan perbaikan yang memberikan perlindungan untuk semua jenis kerosakan tidak disengajakan atau disebabkan pelbagai jenis cairan seperti air.

Ini termasuk penggantian skrin dan penggantian penutup belakang. Ringkasnya, ini adalah perkhidmatan perlindungan telefon pintar premium Samsung untuk mengelakkan perkara yang tidak dijangka.

Selain itu, pengguna juga layak menerima e-baucar kedai dalam talian Samsung Malaysia bernilai sehingga RM850 untuk setiap pembelian awal.

Bukan itu sahaja, apabila anda membuat pra-pesanan Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 versi Bluetooth, anda boleh menerima e-baucar bernilai sehingga RM250 untuk dibelanjakan di kedai dalam talian Samsung Malaysia!

Pra-pesanan ini akan tersedia di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store.

Harga bagi varian telefon pintar Galaxy Z Fold3 bermula dari RM6,699 dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Phantom Black, Phantom Silver, dan Phantom Green.

Manakala, bagi Galaxy Z Flip3 pula harga bermula dari RM 3,999 dan didatangkan dengan warna Cream, Phantom Black, Green, dan Lavender.

Sementara itu, untuk jam pintar Galaxy Watch4 Classic, harga bermula dari RM1,299 dengan dua pilihan warna iaitu Black dan Silver.

Bagi varian Galaxy Watch4 pula harga bermula dari RM899 dengan empat warna pilihan iaitu Black, Green, Silver dan Pink Gold. 

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti baharu Samsung, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi pra-tempah, sila layari: http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-preorder-2021/ 

Pra-tempah Galaxy terbaharu anda sekarang dengan klik pautan di bawah:

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Ogos 2021 @ 1:14 PM