Hanis Aliaa Hidzir

SEJAK dilancarkan di Malaysia bulan lalu, siri HUAWEI Mate 50 mendapat permintaan tinggi daripada pengguna terutama Mate 50 Pro edisi kaca Kunlun rona kulit vegan jingga yang habis terjual pada hari pertama jualan.

Bulan ini, HUAWEI tampil pula dengan Mate 50 Pro edisi kaca Kunlun berwarna hitam dan perak bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pengguna di Malaysia.

Sepuluh kali lebih tahan lasak

HUAWEI Mate 50 Pro dengan kaca Kunlun menerima pensijilan rintangan kejatuhan kaca lima bintang pertama daripada SGS Switzerland, dan rintangan kejatuhan kaca Kunlun sepuluh kali lebih tinggi berbanding kaca biasa.

Kaca Kunlun merupakan kristal super seramik dan nano-seramik lut sinar sekali gus menjadikan ia kalis sebarang calar, titisan dan percikan air.

Ia terhasil dari peleburan logam platinum pada suhu 1,600 darjah, pertumbuhan nanokristal selama 24 jam serta 108 prosedur pemprosesan.

Setiap kepingan kaca Kunlun mempunyai sepuluh kuadrilion tahap nanokristal berkekuatan tinggi bagi meningkatkan keliatan kaca menjadikan beberapa ciri kaca ini lebih baik berbanding seramik super Corning.

Kaca ini juga dapat mengelakkan cahaya daripada pembelauan dan meningkatkan pengalaman pengguna menggunakan HUAWEI Mate 50 Pro.

Dilengkapi aplikasi Google

Menariknya, rangkaian aplikasi Google kini tersedia di dalam telefon pintar dan tablet HUAWEI. Justeru, pengguna kini boleh mengakses aplikasi berkaitan Google termasuk Google Maps, Google Meet, Google Drive and Youtube dengan adanya Lighthouse.

Berikut langkah mudah untuk menggunakan Lighthouse:

LANGKAH 1: Cari 'Lighthouse' menerusi HUAWEI AppGallery
LANGKAH 2: Muat turun aplikasi Lighthouse
LANGKAH 3: Pergi ke tetapan telefon
LANGKAH 4: Pergi ke 'App' dan pilih 'Lighthouse'
LANGKAH 5: Klik ikon tetapan pada bahagian atas kanan
LANGKAH 6: Pilih 'Add Account' dan masukkan butiran log masuk Google
LANGKAH 7: Akses aplikasi Google yang diingini

Lighthouse juga sudah dikemas kini bagi menyokong sejumlah besar aplikasi dalam ekosistem Google seperti Twitter, Instagram, YouTube, Waze dan Google Chrome.

Antara peranti yang dapat menikmati aplikasi Lighthouse termasuk Mate 50, Mate 50 Pro, Mate Xs2, nova 10, nova 10 Pro, nova 10 SE, nova Y90, nova Y70, nova 9, nova 9 SE, nova 8i, P50, P50 Pro, P50 pocket, MatePad SE, MatePad Pro 11, Matepad 10.4 serta MatePad Pro 12.6.

Sebagai jenama terkemuka, HUAWEI sentiasa komited menghasilkan produk berteknologi canggih yang mementingkan keselamatan pengguna.

Justeru, pengguna boleh menikmati pengalaman terbaik menggunakan peranti HUAWEI tanpa rasa gusar dengan adanya aplikasi Google menerusi HUAWEI AppGallery

Dapatkan maklumat lanjut mengenai siri Mate 50 dan produk HUAWEI yang lain di HUAWEI Experience Store, laman sesawang rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 3:46 PM