Muhammad Saufi Hassan

 

 

Kuala Lumpur: Pengeluar peranti teknologi terkemuka, Apple membuat kejutan apabila bakal menganjurkan satu majlis atas talian dengan tema 'Scary Fast'.

  Majlis berkenaan buat pertama kalinya akan bersiaran langsung pada 31 Oktober ini pada jam 8 pagi dan langkah Apple berkenaan adalah diluar daripada 'takwim' pengenalan peranti.

  Berdasarkan khabar angin menyatakan bahawa sesuai dengan tema 'Scary Fast' berkenaan, Apple dijangka akan mengumumkan silikon baharu mereka iaitu Apple M3 menggantikan generasi M2.

  Pada masa sama, Apple dijangka akan mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk generasi baharu MacBook Pro 14 Inci serta 16 inci dan iMac.

  Walaupun variasi MacBook Pro baharu itu diperkenalkan sekitar Januari lalu namun ada pandangan yang menyatakan bahawa pengenalan kecil untuk segmen berkenaan.

  Selain itu, wujud juga kemungkinan Apple akan memperbaharui iPad mereka dengan cip baharu pada majlis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2023 @ 11:48 PM