Mi 360 Darjah 2K
Mi 360 Darjah 2K
Muhammad Saufi Hassan

Pengeluar perkakas pintar, Xiaomi baru-baru ini mengumumkan pelancaran produk baharu dalam ekosistem miliknya.

Kali ini, Xiaomi memperkenalkan pengering rambut Mi Ionic H300 dan kamera keselamatan Mi 360 Darjah 2K sekali gus memperkemaskan lagi produk keluaran syarikat itu.

Kedua-dua produk berkenaan akan mula dijual bermula hari ini dengan tanda harga bagi pengering rambut adalah RM129 manakala kamera keselamatan adalah RM189.

Menyentuh produk kamera keselamatan keluaran syarikat itu, ia dilengkapi dengan resolusi 2,304 x 1,296 dan berkeupayaan untuk melakukan pembesaran secara terperinci tanpa mengabaikan kualiti video serta warna.

Kamera ini didatangkan dengan lensa berkeupayaan Aperture tinggi iaitu F 1.4 dengan lensa 6P termasuk teknologi warna penglihatan malam yang dipertingkatkan serta sesuai untuk semua keadaan.

Peranti ini dilengkapi dengan dua sistem motor untuk melakukan pandangan 360 darjah serta 180 darjah menegak sekali gus perlindungan keselamatan optimum untuk kawasan kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 9:21 PM