Xiaomi telefon paling popular di Malaysia.
Xiaomi telefon paling popular di Malaysia.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Xiaomi menjadi pengeluar paling popular di negara ini selepas merekodkan perkongsian pasaran sebanyak 25 peratus.

  Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh firma kajian terkemuka, Canalys, Xiaomi menduduki tempat pertama dengan peningkatan perkembangan sebanyak 93 peratus berbanding tahun lalu.

  Bagi kedudukan keseluruhan pengeluar peranti pintar untuk rantau Asia Tenggara pula, Xiaomi menduduki tempat ketiga dengan 17 peratus perkongsian pasaran dengan peningkatan 42 peratus.

  Xiaomi sememangnya popular dalam kalangan pengguna peranti pintar yang menggunakan sistem operasi Android kerana menawarkan tanda harga mampu milik di samping penawaran spesifikasi terkini.

  Syarikat berkenaan tidak pernah gagal untuk memberi evolusi peranti pintar kepada pengguna khususnya dalam mengemaskini spesifikasi terkini sesuai dengan keperluan semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 1:07 PM