Muhammad Saufi Hassan

Pemilihan skrin paparan khususnya untuk penyedia kandungan dan 'gamers' sangat penting untuk menghasilkan karya atau menikmati pengalaman permainan yang maksimum.

Pengeluar perkakas kelas permainan terkemuka, MSI menerusi skrin paparan baharunya memenuhi keinginan setiap penyedia kandungan serta 'gamers' yang mahukan memaksimumkan saat permainan mereka.

Menerusi siri MPG321UR-QD, skrin paparan ini tampil dengan resolusi 4K dengan teknologi Quantum Dot memberikan paparan Definisi Ultra Tinggi (UHD) terbaik dalam kelasnya.

Menyentuh aspek spesifikasinya, skrin paparan ini berkeluasan 32 inci dengan jenis panel IPS bersama-sama dengan Quantum Dot manakala resolusi adalah 3,840 x 2,160 iaitu 16 nisbah 9.

Sesuai dengan kelas permainan, kadar segar semula untuk skrin paparan ini adalah 144Hz dan ia turut menyokong sambungan DisplayPort 1.4a, dua sambunga HDMI, paparan USB-C dan beberapa sokongan sambungan lain.

Untuk pereka kandungan, skrin MPG321UR-QD ini sangat sesuai kerana tona warna adalah lebih cerah dan membolehkan penghasilan setiap karya persis warna sebenar.

Skrin paparan ini didatangkan dengan kadar kecerahan 400 nits namun pengguna boleh melakukan pengubahsuaian kepada 600 nits tanpa sebarang masalah untuk menikmati prestasi terbaik.

Beberapa perbandingan yang dilaksanakan juga menunjukkan bahawa MPG321UR-QD ini mengalahkan beberapa jenama lain dengan tanda harga lebih mahal sekali gus menjadikan skrin ini adalah pilihan untuk pengguna.

Untuk pengguna yang mahukan pengalaman  kepenggunaan sama ada untuk kerja profesional mahupun pengalaman permainan, skrin paparan ini adalah jawapannya.

Tona warna yang lebih persis bersama padanan teknologi Quantum Dot banyak memberi kelebihan khususnya buat pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2022 @ 6:22 PM