ARES X
ARES X
Muhammad Saufi Hassan


Jenama peranti kelas permainan, Illegear memperkemaskan barisan produk mereka dengan pengenalan laptop 'kelas prestasi desktop' iaitu ARES X yang menawarkan kuasa prestasi terbaik dalam kelasnya.

ARES X menampilkan penawaran peranti mudah alih dan kuasa prestasi sesuai dengan 'gamers' yang mahu melayani setiap genre permainan kelas AAA di mana jua mereka berada.

Menyentuh aspek spesifikasi, Illegear ARES X didatangkan dengan tiga variasi berbeza bermula dengan harga RM9,999 hingga RM15,999 dan setiap variasi dibezakan dengan padanan pemproses dan unit pemproses grafik (GPU).

Untuk variasi ARES X kelas tinggi, ia menggunakan pemproses Intel Core i7-10700 dan pengguna boleh melakukan pengubahsuaian spesifikasi sehingga kepada Intel Core i9-10900K iaitu pemproses kelas desktop yang baik.

Skrin berkeluasan 17.3 inci Definisi Penuh (FHD) dengan panel IPS serta kadar segar semula (FPS) 240Hz sememangnya bakal menjadi kegilaan 'gamers' di luar sana.

ARES X kelas tinggi akan menggunakan GPU Nvidia GeForce RTX 2080 Super dan pengguna boleh membuat pilihan kepada RTX 2070 atau RTX 2070 Super mengikut kesesuaian bajet.

Laptop ini menyokong memori (RAM) sehingga 128GB dengan rekaan DDR4 yang mempunyai empat slot dan ia dilengkapi dengan sistem storan M.2 PCIe SSD untuk penawaran kelajuan kadar pemindahan data.

Sesuai dengan laptop kelas permainan, papan kekunci Illegear ARES X menggunakan sistem kekunci 'tactile' dengan pemprograman lampu RGB serta dilengkapi dengan keupayaan bunyi talaan Sound Blaster Atlas.

Illegear membuat penawaran kepada pengguna untuk melakukan pra tempahan dan pengguna akan mendapat harga potongan sebanyak lima peratus serta barangan eksklusif lain.

Tawaran promosi itu termasuk percuma naik taraf sistem storan 1TB Samsung NVMe SSD serta barangan lain.

Spesifikasi ARES X

  • Pemproses: Sehingga Intel Core i9-10900K

  • RAM: Sehingga 128GB

  • Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2080 Super
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 2:57 PM