Muhammad Saufi Hassan


Pengguna yang mahu mencuba sistem operasi iOS14 dan iPadOS14 dalam versi Beta atau percubaan boleh memuat turun fail berkenaan menerusi laman rasmi Apple bermula hari ini.

Versi sistem operasi terbaharu iOS itu akan memuatkan beberapa ciri utama serta nafas baharu dalam peranti Apple termasuk pengguna boleh melakukan tetapan widget di paparan utama.

Selain itu, sistem operasi versi baharu itu juga akan memperkenalkan beberapa ciri utama seperti sokongan AppClips dan pembaharuan dalam pelayar Safari.

Memandangkan sisten operasi ini dilancarkan dalam bentuk Beta, pengguna yang memuat turun atau mencuba sistem ini mungkin akan mengalami ketidakstabilan memandangkan ia bukan versi penuh.

Versi penuh untuk sistem operasi itu dijangka akan dilancarkan beberapa bulan akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 1:29 PM