HM Digital

Kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada 9 Mei depan semakin dirasai.

Dalam keghairahan anda untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat, jangan lupa menyemak maklumat berkaitan terlebih dahulu.

Jadi bersempena PRU14 ini, selain menyemak menerusi laman web dan SMS, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut membangunkan aplikasi MySPR Semak untuk memudahkan rakyat Malaysia.

Aplikasi ini dibangunkan untuk menyediakan kemudahan semakan secara mudah alih kepada orang awam untuk mengetahui status pendaftaran sebagai pemilih.

Melalui aplikasi ini juga, anda boleh menyemak lokasi mengundi semasa pilihan raya.

Pada masa sama, orang ramai berpeluang menyemak nama calon yang bertanding di bahagian pilihan raya masing-masing dan keputusan pilihan raya umum apabila diumumkan kelak.

Muat turun aplikasi MySPR Semak daripada platform App Store dan Play Store anda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 1:43 PM