HM Digital

Ingin menjual kenderaan lama anda? Aplikasi Carsome Malaysia boleh membantu memudahkan proses penjualan.

Carsome Malaysia adalah aplikasi pasaran dagangan kereta terpakai dalam talian direka khas untuk syarikat pengedar kenderaan terpakai yang disahkan.

Melalui aplikasi berkenaan, pelanggan (syarikat pengedar) boleh melihat laporan pemeriksaan menyeluruh untuk 162 bahagian yang turut lengkap bersama foto kereta.

Pada masa sama, bakal pembeli juga boleh mengambil bahagian dalam pembidaan kenderaan untuk semua pasaran terbabit di seluruh Malaysia.

Selain itu, pengguna turut boleh menandakan kenderaan pilihan agar dapat memudahkan proses semakan pada waktu lain.

Sekiranya syarikat kenderaan terpakai anda memenangi bidaan, anda boleh mendapatkan akses untuk melihat sejarah lengkap kenderaan yang dimenangi.

Istimewanya, platform ini menawarkan penjualan kereta dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang caj.

Muat turun aplikasi Carsome Malaysia daripada Play Store anda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 1:19 PM