PUBG diperluaskan ke konsol SonyPS4
PUBG diperluaskan ke konsol SonyPS4
Muhammad Saufi Hassan


SELEPAS kejayaan genre pertempuran beramai-ramai (battle royale), PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) menerusi tiga platform terdahulu iaitu komputer, telefon pintar dan konsol Microsoft Xbox, terbaru permainan itu mengorak langkah ke depan dengan diperluaskan menerui konsol milik Sony, PlayStation 4 (PS4).

Pemilik konsol berkenaan boleh membeli permainan berkenaan menerusi tiga pakej berbeza yang ditawarkan bermula pada RM111 hingga RM223.

Pakej pertama yang ditawarkan adalah ‘Challenger’s Edition’ iaitu pakej asas dan pemain akan menerima tema PUBG Miramar, avatar wajah PUBG, model pakaian daripada watak utama siri permainan Uncharted’s iaitu Nathan Drake serta beg yang digunakan oleh watak permainan The Last of Us, Elle dan harga yang ditawarkan adalah RM111.

Untuk pakej pertengahan, ia dikenali sebagai ‘Survivor’s Edition apabila ia turut dilengkapi dengan semua pakej asas termasuk 2,300 G-Coins, 20,000 mata pertempuran dan pas pertempuran.

Pakej paling tinggi adalah ‘Champion’s Edition’ dan pemilik pakej ini akan menerima 6,000 G-Coins dan semua pakej asas dan edisi ‘survivors’.

Untuk tiga edisi itu, pakej pembelian ditawarkan masing-masing berharga RM111, RM185 dan RM223 dan boleh diakses menerusi PlayStation Store.

Permainan itu mula dikeluarkan dalam platform terbaru pada 7 Disember lalu dan kini pemaju, Bluehole dikatakan sedang menambah baik pelbagai ciri serta mod permainan agar terus menjadi fenomena untuk 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Disember 2018 @ 9:33 PM