ROZITA sebagai duta Habib anggun menggayakan koleksi  barang kemas terbaharu.
ROZITA sebagai duta Habib anggun menggayakan koleksi barang kemas terbaharu.
Yusliza Yakimir Abd Talib


HABIB menyambut kemeriahan Aidilfitri untuk kali ke-61 menerusi kempen tahunannya, Rantaian Kasih bagi meraikan hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang dipupuk dan dieratkan lagi sepanjang musim perayaan.

Jenama barang kemas ini menzahirkan kelainan dari tahun sebelumnya menerusi perincian barang kemas berinspirasikan motif batik yang diberi nafas baru dengan unsur kontemporari.

Di samping penghargaan terhadap warisan turun- temurun nenek moyang, Habib mengangkat seni batik untuk kekal relevan seiring trend 2019 yang mengetengahkan elemen batik.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporatnya, Yasheedah Yashaiya berkata, pengunjung dimanjakan dengan lebih 100 pilihan antaranya koleksi Swan Lake, MyFirstDiamond, koleksi emas kuning dan emas mawar 916/999, koleksi berlian eksklusif, koleksi mutiara South Sea, koleksi batu permata dan koleksi Aura yang terdiri daripada kalung labuh, cukup sesuai bagi mereka yang bertudung.

PELBAGAI pilihan barang kemas inspirasi motif batik diketengahkan.
PELBAGAI pilihan barang kemas inspirasi motif batik diketengahkan.

Katanya, untuk kaum lelaki butang baju Melayu bertatahkan berlian dan batu permata pelbagai warna cukup menambat hati untuk dimiliki sekali gus mewarnai hari raya.

”Koleksi emas 916 juga memperlihatkan banyak pilihan gelang tangan untuk kanak-kanak. Yang pasti tidak kira peringkat umur dan jantina, si pemakai dapat bergaya raya ini.

”Selain itu, terdapat aktiviti istimewa yang disediakan sepanjang Ramadan termasuk program Singgah Sahur, Zakat on Wheel dan iftar bersama anak yatim Tunas Bakti, Sungai Besi,” katanya.

Menurutnya, kemuncak kempen Rantaian Kasih adalah kemunculan istimewa selebriti, Rozita Che Wan bersama si ciliknya, Aaisyah Dhia Rania pada bazar Ramadan yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Mei ini di bilik pameran Ampang Point.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati potongan sehingga RM15 segram untuk emas 916 dan 999 selain diskaun 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih.

Selain itu, Habib menawarkan kadar tukar beli balik emas lama dengan kadar tertinggi sepanjang kempen berlangsung sehingga 4 Jun 2019.

ROZITA bersama si ciliknya, Aaisyah Dhia Rania.
ROZITA bersama si ciliknya, Aaisyah Dhia Rania.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 5:30 AM