TETAMU yang memeriahkan pelancaran produk.
TETAMU yang memeriahkan pelancaran produk.
Intan Mas Ayu Shahimi

Kerap terdedah kepada persekitaran berhawa dingin, pencemaran udara, penggunaan alat mendandan rambut mahupun tersilap memilih produk, semuanya boleh menyumbang kepada masalah kulit dan rambut kering.

Tambahan apabila usia semakin meningkat, kulit tubuh juga akan mula hilang keanjalan, sementara kulit kepala pula kurang menghasilkan minyak yang akhirnya menyebabkan masalah rambut kering.

Guardian Malaysia memperkenalkan rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey, produk yang diinspirasikan daripada alam semula jadi. Ia berfungsi melembap, melindungi kulit tubuh dan rambut kering dengan manfaat ramuan tradisional. Produk ini sesuai untuk pengguna yang peka terhadap perubahan alam sekitar dan mahukan pilihan penjagaan diri terbaik, lembut dan efektif.

Sambil membelek produk di rak dan meja ketika majlis pelancaran minggu lalu, tetamu turut dipelawa menikmati sesi memanjakan diri selama kira-kira satu jam bersama pasukan profesional A Cut Above Academy.

Syampu Deep Moist and Protect, perapi dan minyak rambut digunakan untuk sesi mendandan rambut, manakala losen dan krim tangan dioles pada tangan usai aktiviti merias kuku. Produk jenama ini memfokuskan kepada ciri melembap, melindungi kulit dan rambut dari jenis kering sehingga normal.

Ia diformulasi dengan 100 peratus minyak biji chia organik yang disahkan dari Jerman untuk memulihara kelembapan semula jadi kulit dan rambut. Ekstrak madu organik dari Perancis pula bertindak mengekalkan kelembapan kulit, tinggi kandungan mineral, vitamin dan antioksidan.

Kombinasi kedua-dua ini secara tidak langsung menawarkan tahap lembapan ideal untuk kulit jenis kering dan normal. Ia juga diuji dan terbukti secara dermatologi, serta tidak diuji ke atas haiwan.

Pengurus Jenama Sendiri, Kesihatan dan Kecantikan Malaysia Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Michelle Yeap menjelaskan bahawa rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey dihasil untuk menawarkan produk berasaskan trend kosmeseutikal global serta memenuhi keperluan pelanggan Guardian di rantau ini.

“Diinspirasikan daripada alam semula jadi, produk ini berupaya membantu melembapkan kulit dan rambut kering,” katanya.

RAWATAN rambut umpama di salun untuk tetamu.
RAWATAN rambut umpama di salun untuk tetamu.

Kalau diperhatikan, ramai wanita kini sukakan produk kecantikan yang dibuat sendiri (DIY) di rumah. Namun, ia menelan banyak masa, tenaga dan mungkin kos.

Belum dikira soal penyediaan, membersihkan dapur dan kemudiannya membersihkan diri. Semua beban ini memang memenatkan! Risiko juga ada jika mereka tersilap mengadun resipi hingga gagal mendapat hasil diingini.

“Justeru, untuk membuktikan betapa comot dan bersepah setiap kali mencuba resipi penjagaan tubuh di rumah, kita adakan sekali demonstrasi DIY menggunakan semua bahan semula jadi yang terkandung dalam produk seperti biji chia dan madu.

“Ternyata produk sedia pakai lebih praktikal. Lebih dari itu, ia sudah diuji dan terbukti secara dermatologi. Hanya gunakan terus dari botol atau tiub untuk kelembutan sepanjang hari,” katanya.

Terdapat lima jenis produk jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan inca inchi dan aloe vera sebagai ramuan utama; premium Organic Argan and Olive Oil, Botaneco Garden Baby; Trio Oil yang 100 peratus menggunakan minyak babassu, minyak baobab dan chufa serta terbaru, Organic Chia Seed Oil and Honey. Semua produk ini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara dan melalui e-stor www.guardian.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 November 2018 @ 11:49 AM