HIDANGAN enak bersempena musim perayaan.
HIDANGAN enak bersempena musim perayaan.
HM Digital

Bersempena sambutan perayaan serta cuti persekolahan hujung tahun SF Coffee menyediakan menu enak di semua 38 cawangannya di seluruh Semenanjung.

Sajian bertemakan ‘In The Mood For Celebration’ menampilkan cita rasa barat seperti butterscotch, ayam piru dan kranberi. Menawarkan rangkaian minuman istimewa yang disediakan barista, butterscotch macchiato (macchiato latte yang dicampur butterscotch), dilengkap sos karamel penuh berkrim menjadi minuman pembuka selera.

Boleh didapati pada harga RM13 hingga RM16.50, minuman ini dihidangkan panas dan sejuk juga dalam bentuk frisco frappÈ.

Bagi penggemar pasta boleh mendapatkan pasta ayam piru yang menampilkan pasta penne, daging ayam piru, cendawan butang serta tomato ceri dalam sos krim seenak.

Satu lagi hidangan perayaan yang memikat rasa ialah merry turkey focaccia mengandungi gulungan isi ayam piru dan keju cheddar semula jadi yang ditaburkan di atas lapisan salad dan tomato dengan sapuan sos kranberi. Kedua-dua pasta dan sandwic ini boleh dinikmati pada harga RM18.90 setiap satu.

Menurut Pengurus Besar San Francisco Coffee Koo Sue San, selain menyediakan hidangan enak restoran itu sesuai dijadikan tempat pertemuan seisi keluarga menyambut hari istimewa.

Bagi yang mencari hadiah istimewa untuk penggemar kopi, boleh memilih mana-mana biji kopi segar di dalam beg 100g bernilai RM12.75 secara percuma dengan setiap pembelian bekas minuman SF Coffee Graffiti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2017 @ 1:36 AM