AYAM piru panggang.
AYAM piru panggang.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Tidak lengkap rasanya sambutan Hari Natal dan tahun baru tanpa menikmati hidangan ayam piru panggang yang diperap semalaman bersama paprika, rempah-ratus dan herba terpilih.

Secara tradisinya ayam piru sangat dekat dengan budaya masyarakat di Barat, tetapi ia turut mendapat tempat di hati penggemar ayam panggang.

Kandungan kolesterol ayam piru sangat rendah dan bebas daripada kesan bahan hormon tambahan, menjadikan haiwan ini sangat popular sebagai hidangan di Barat.

Menjelang perayaan Hari Natal, hidangan ayam piru amat digemari dan menjadi tradisi keluarga yang menyambutnya. Di negara ini, hidangan itu boleh dikatakan hidangan wajib yang akan disediakan di rumah mahupun di kebanyakan hotel.

Menurut Cef Sous Dorsett Grand Subang, Shahbani Mat Akhir, ayam piru juga disediakan di hotel itu sebagai hidangan tradisi sempena perayaan itu yang diimport khas dari Australia.

“Ia adalah hidangan tradisi yang mesti ada apabila menyambut perayaan itu dan kami menyediakannya mengikut resipi dan cara asli untuk mengekalkan kemeriahan perayaan,” katanya.

Sepanjang Disember hingga ambang tahun baru, hotel itu menawarkan ayam piru diperap bersama rempah terpilih untuk membangkitkan aroma yang wangi ketika dipanggang.

Rasa ayam piru yang manis itu boleh dimakan bersama pilihan sos kranberi atau sos giblet iaitu bahagian hati ayam yang dimasak untuk menghasilkan kuah istimewa.

Menurut Shahbani, ayam piru panggang lebih enak dinikmati bersama hidangan sampingan seperti puding Yorkshire sebagai sumber karbohidrat.

Menariknya, penyediaan puding itu agak mudah dengan campuran telur, tepung dan minyak atau jus daripada ayam piru yang dipanggang.

Selain itu, penggunaan herba segar iaitu rosemary, oregano, basil dan thyme menambah aroma asli selain memasukkan sayuran seperti lobak merah, bawang besar, saderi dan leek ke dalam ayam turut membangkitkan kelazatan hidangan.

“Perapan pula mengambil masa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum dipanggang dalam ketuhar selama 90 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

“Selain itu, hidangan ini bertambah enak dinikmati bersama sos kranberi dan sos giblet,” katanya yang menunjukkan langkah membuat ayam piru panggang dan sos giblet yang boleh dicuba sendiri di rumah untuk hidangan anda seisi keluarga sempena cuti hujung tahun ini.

BAHAN AYAM PIRU PANGGANG

Untuk perapan

• 1 ekor ayam piru

• 100 ml minyak zaitun

• 30 gram paprika

• 30 gram garam

• 30 gram serbuk lada putih

• 20 gram serbuk perasa ayam

• Daun rosemary, oregano, basil dan thyme segar

• 20 gram bawang putih (dicincang)

• 20 gram bawang merah (dicincang)

Untuk dimasukkan ke dalam ayam(semua bahan dipotong kasar)

• Lobak merah

• Bawang besar

• Saderi

• Leek

Cara penyediaan

1. SEDIAKAN semua bahan.
1. SEDIAKAN semua bahan.

2. DALAM bekas, campurkan semua bahan perapan dan rempah.
2. DALAM bekas, campurkan semua bahan perapan dan rempah.

3. MASUKKAN minyak zaitun.
3. MASUKKAN minyak zaitun.

4. GAULKAN bahan hingga sekata.
4. GAULKAN bahan hingga sekata.

5. LUMURKAN semua bahan pada ayam piru.
5. LUMURKAN semua bahan pada ayam piru.

6. SUMBAT lobak merah, bawang besar, saderi dan leek ke dalam ayam piru.
6. SUMBAT lobak merah, bawang besar, saderi dan leek ke dalam ayam piru.

BAHAN SOS GIBLET

• Hati ayam piru

• ½ sudu teh garam

• ½ sudu teh lada hitam kasar

• 1 kiub bouillon ayam

• 1 batang saderi

• ¼ bawang Holland

• 430 ml jus/pati ayam

• 4 biji telur rebus

• 2 sudu besar tepung jagung

• ½ cawan susu

Cara penyediaan

1. Dalam periuk, reneh hati ayam bersama garam, lada hitam, bouillon, seleri dan bawang dalam air selama 40 hingga 50 minit.

2. Tapis dan ketepikan sisa bahan hingga tinggal air rebusan saja. Masukkan jus atau pati ayam.

3. Hancurkan telur rebus dan masukkan ke dalam kuah. Bancuh tepung jagung dengan susu dan tuang ke dalam kuah.

4. Kacau sebati hingga kuah menjadi pekat dengan api perlahan. Angkat dan hidangkan bersama ayam panggang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Disember 2018 @ 2:28 PM