HIDANGAN menarik sempena Krismas dan Tahun Baru.
HIDANGAN menarik sempena Krismas dan Tahun Baru.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Pelbagai hidangan menarik disediakan sempena sambutan Krismas atau bagi meraikan tahun baru yang akan tiba tidak lama lagi.

Bagi merasai kemeriahan sambutan musim perayaan dan tahun baru itu, pastinya tidak lengkap tanpa menjamu hidangan menyelerakan.

Raikan musim perayaan di restoran di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur yang menyediakan pelbagai menu enak untuk dicuba bersama seisi keluarga mahupun kenalan.

Bermula 1 hingga 26 Disember ini, nikmati minum petang dengan rakan dan keluarga di IVIV (OneSixFive), pelbagai menu dimasak segar seperti skon, pastri, coklat buatan tangan, pelbagai manisan dan pencuci mulut enak bersama secawan teh mahupun kopi.

Manakala pada 24 dan 25 Disember, raikan perayaan dengan hidangan tradisional daripada ayam piru panggang hinggalah aneka puding dengan bufet makan tengahari dan malam di Serena Brasserie atau menikmati sajian tengah hari dimsum dan enam hidangan makan malam di Tao Chinese Cuisine.

Buat penggemar makanan Jepun, pastinya pilihan makan malam tujuh hidangan Kaiseki untuk menyambut perayaan boleh dinikmati di Tatsu Japanese Cuisine.

Akhiri 2017 dan sambut tahun baru yang tidak dapat dilupakan dengan makan malam menjelang tahun baru diiringi persembahan muzik secara langsung atau makan tengah hari di Serena Brasserie.

Selain itu, pilihan menu enak dari negara matahari terbit turut mengiringi sambutan tahun baru dengan tujuh hidangan di Tatsu Japanese Cuisine.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 12:22 PM