SHARMINI (kiri) teruja perkenalkan menu baharu Hotel Maya.
SHARMINI (kiri) teruja perkenalkan menu baharu Hotel Maya.
Nurul Husna Mahmud

DETIK yang dirindui kebanyakan rakyat Malaysia terutama peminat makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah menikmati sajian ala 'fine dining' ataupun bufet di restoran atau hotel kegemaran.

Berita baik buat mereka ini apabila Hotel Maya Kuala Lumpur meraikan kehadiran penggemar sajian menerusi pilihan seleksi menu antarabangsa penuh inovasi di samping menjamin hospitaliti dalam normal baharu cukup menyelerakan.

Ia termasuk sajian enak di restoran Jepun dan Kantonis, Still Waters, selain sajian sepanjang hari di Maya Brasserie atau sarapan ala kopitiam di Ramah Tamah.

Lebih mengujakan dalam sesi 'merasa' seleksi menu baharu kali ini apabila hidangan bercita rasa tempatan seperti set nasi kerabu, nasi tomato, udang goreng mentega dan sotong ikan masin turut disajikan.

Pengurus Besar Hotel Maya Kuala Lumpur, Sharmini Moganasundram memberi jaminan meskipun terdapat dalam perubahan dari segi servis apabila mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kualiti hidangan dan servis pihaknya tidak terjejas selain tawaran harga berpatutan.

MERAIKAN peminat hidangan tradisi dengan pilihan ala carte unik.
MERAIKAN peminat hidangan tradisi dengan pilihan ala carte unik.

"Hotel Maya mahu terus memberi yang terbaik terutama kepada peminat sajian cita rasa tempatan dan antarabangsa dengan pilihan sajian lebih inovatif meskipun berdepan cabaran normal baharu.

"Mereka yang datang ke hotel ini bagi menjamu selera tidak perlu khuatir kerana pihak hotel mematuhi semua prosedur digariskan pihak berkuasa termasuk menggunakan peralatan pakai buang, penjarakan sosial selain nyah infeksi dilakukan di ruang makan.

"Pelanggan hanya perlu datang dan nikmati sajian kegemaran mereka dengan selesa. Tiada caj tambahan untuk itu selain kami tawarkan pengalaman menikmati sajian premium pada harga berpatutan," katanya.

Dalam pada itu kata Sharmini, hidangan ditawarkan mengambil kira sesuatu sajian dekat dengan rakyat tempatan apatah lagi kebetulan pelancaran menu baru itu berlangsung dalam musim perayaan.

"Kalau lihat ketika ini masih dalam 'mood' perayaan, kami turut tampilkan pilihan Simfoni Hari Raya pilihan tradisi lemang bersama rendang, serunding dan ketupat berserta kuah kacang. Setidaknya mengubati mereka yang tidak kesempatan merasai sajian itu.

HIDANGAN menarik sotong mentega telur masin.
HIDANGAN menarik sotong mentega telur masin.

RUANG selesa untuk pengunjung.
RUANG selesa untuk pengunjung.

"Tidak lupa sajian cukup selesa tempatan iaitu pilihan set nasi kerabu ayam goreng berempah lengkap padanan telur masin, kelapa parut isi ikan dan keropok ikan antara menarik boleh dicuba pelanggan. Pilihan set nasi tomato juga lengkap dengan ayam masak merah, jelatah dan sambal belacan.

"Bagi peminat hidangan laut atau Cina, turut ditampilkan ialah udang goreng mentega dengan perincian oat dan aroma daun kari dan cili burung selain sotong mentega telur masin," katanya.

Tambah Sharmini, hidangan itu bukan sahaja mendapat perhatian pengunjung, malah menerima tempahan untuk penghantaran di pejabat mahupun perumahan berhampiran.

Selain sajian baru, Hotel Maya turut menawarkan konsep hidangan dalam bentuk set untuk dua orang makan pada harga permulaan RM60 hingga RM100.

"Bagi mereka yang sukakan pilihan lengkap bermula dengan pembuka selera, sup, hidangan utama dan diakhiri pencuci mulut, set kami tawarkan antara pakej menarik mesti ditempah dan dicuba pelanggan.

NASI tomato bagi mengubati kerinduan peminat hidangan tradisi.
NASI tomato bagi mengubati kerinduan peminat hidangan tradisi.

"Terdapat tiga set menu iaitu Set Menu Ixora pada harga RM60, Hibiscus berharga RM80 dan Rafflesia boleh dinikmati pada kadar RM100.

"Menariknya pilihan itu merangkumi sajian popular hotel seperti Japanese Breaded Tiger Prawn, Stew Australian Ribeye with Miso Paste, Braised Duck with Ginger and Shiitake Musroom dan White Fungus and Dried Longan.

"Bagi mereka mahu menikmati juadah menarik itu boleh berkunjung ke hotel berkenaan terletak di Jalan Ampang atau memesan menerusi hotelmayakl.beepit.com.

"Penghantaran percuma buat pelanggan yang membuat pesanan minimum RM60 bagi radius lima kilometer (km) dan minuman RM80 bagi radius 10km selain menikmati pulangan tunai 10 peratus bagi pembelian seterusnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 6:30 AM