SOHAM menunjukkan sijil pengiktirafan daripada Guinness World Records. FOTO Agensi
SOHAM menunjukkan sijil pengiktirafan daripada Guinness World Records. FOTO Agensi
Agensi

Dubai: Seorang remaja berasal dari New Delhi, India berjaya memecah rekod dunia dengan melakukan 'side hop' terbanyak dalam tempoh 30 saat.

Soham Mukherjee, 17, warga India yang tinggal di Dubai itu melakukan 'side hop' sebanyak 101 kali di atas alat tulis.

Ia sekali gus memadamkan rekod sebelum ini iaitu 96 kali 'side hop' dalam tempoh 30 saat.

Remaja itu melakukan aksi melompat dari sisi ke sisi itu di bilik tidurnya dan ia dirakam menggunakan dua telefon bimbit.

Soham dilihat berjaya melakukan 110 'side hop' itu, bagaimanapun, sembilan daripadanya tidak diambil kira oleh Guinness World Records.

"Rekod itu diukur dengan video gerakan perlahan jarak dekat, sehingga objek garis dan kaki saya dapat dilihat dengan jelas," katanya.

Soham banyak terbabit dalam sukan seperti bola sepak, badminton, pingpong, dan bola keranjang.

Menurutnya, pembabitan dalam taekwondo selama 13 tahun berjaya membantunya memecahkan rekod itu yang banyak menggunakan tenaga pada kaki.

"Saya mempunyai latar belakang daripada beberapa sukan, jadi saya suka bersaing berbanding rakan sebaya lain," katanya.

Katanya, sejak perintah berkurung akibat pandemik Covid-19, dia mahu melakukan sesuatu untuk kekal aktif.

'"Saya kemudian memutuskan untuk melakukan percubaan rasmi (untuk memecah rekod sebelum ini)

dengan Guinness World Records," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 3:07 PM